KKM akan maklum tarikh daftar dapatkan suntikan vaksin – Noor Hisham

0
2

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan memaklumkan kepada orang ramai tarikh bagi mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan kerajaan akan menerima vaksin pada akhir bulan Febuari dan persiapan telah dibuat sejak Ogos 2020.

“Siapsiagaan vaksin ini kita (KKM) telah buat daripada bulan Ogos tahun lepas iaitu menyediakan prasarana bagi melihat bagaimana kita boleh mendapatkan vaksin dengan selamat dan disimpan dengan selamat.

“Jadi pelbagai inisiatif telah kita mulakan dan Insya Allah telah sampai masa kita gunakan vaksin dan dijangkakan pada 26 hari bulan kita akan gunakan vaksin tersebut,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pada bulan Mac depan orang ramai akan dimaklumkan untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin dan ianya adalah satu usaha untuk memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

Menurut beliau, setakat ini KKM menggunakan kaedah kesihatan awam bagi mengekang penularan virus tersebut.

“Jadi jika kedua-dua kaedah boleh digunapakai, Insya Allah kitab oleh menamatkan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata setelah individu menerima suntikan vaksin mereka akan alami kesan sampingan seperti demam dan ruam di bahagian yang dicucuk.

Katanya, kesan tersebut adalah biasa dan pihak KKM akan membuat pemantauan. Jika akan kesan sampingan lain yang nyata boleh dilaporkan kepada KKM.

“KKM akan kaji kesan sampingan tersebut, dan jika kes tersebut jarang ditemui kita akan catat dan maklumkan kepada pihak berkenaan dan pihak pertubuhan kesihatan sedunia (WHO).

“Sama ada kita akan beri pampasan dan sebagainya itu adalah kaedah yang kita boleh lihat. Tapi ini adalah mekanisma yang kita lihat iaitu pemantauan dan penilaian keberkesanan dan kesan sampingan,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/16/vaksin-covid-19-selamat-tiada-mikrocip-dr-rohaizat/

https://malaysiapost.com.my/2021/02/16/vaksin-tiba-21-februari-ini-pm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here