Annuar beri keterangan pada polis isu ingkar SOP

0
1

Nurul Huda Abhar

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa selesai memberi keterangab kepada pihak polis berhubung isu dakwaan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Annuar berkata beliau memberi keterangan kepada pihak polis hampir tiga jam berhubung perkara berkenaan.

Katanya, beliau sedia memberikan kerjasama yang diperlukan pihak polis dalam siasatan isu tersebut yang tular di media sosial.

“Hampir tiga jam beri kenyataan kepada polis. Berpeluang bercerita di sebalik sekeping foto yang tular. Ada yang ingat saya “dining”, ada yang ingat majlis makan makan..macam-macam.

“Biarlah polis kumpul maklumat dari semua pihak secara telus..kita berikan segala kerjasama yang diperlukan kerana itu tanggungjawab kita

“Ini antara ‘walkabout’ harian saya yang tiba-tiba mendapat perhatian,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial Annuar bersama beberapa individu lain duduk di meja sambil menikmati jamuan tanpa penjarakan fizikal.

Foto itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke majlis Program Pertanian Bandar bertarikh 13 Februari 2020 di Desa Petaling.

Sementara itu, Annuar juga menjelaskan insiden tersebut tidak seperti yang ditularkan kerana beliau hanya berteduh selama beberapa minit selepas meninjau tanaman di bangsal tersebut.

Katanya, beliau juga telah menegur pihak penganjur tentang hal tersebut dan aktiviti “walkabout’ itu bersambung seperti biasa.

‘Insya Allah kita wajib terus mematuhi semua SOP…dan terus menerus turun padang bersama rakyat.

Foto yang dimuatnaik di Fb Annuar

“(Lihat Foto: di penjuru tanaman jagung, kelihatan sebuah bangsal..di situlah Pengerusi Jawatan Kuasa Kebun Komuniti bawa saya berteduh beberapa minit selepas berpanas terik dan tunjuk sample seperti ulam raja,kacang bendeh dan bayam peraksi yang tular kononnya “dining”.

“…di pondok itu saya menegur mengingatkan penganjur kemungkinan akan di salah ertikan, lalu kita sambung berjalan kaki keliling pinggir tasik yang kini menjadi kebun pelbagai sayuran),” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here