Hina Hadi: Ini bukan budaya Tiong Hua

0
3

SETIUASAHA Agung Gerakan, Mak Kah Keong kecewa dengan sikap segelintir masyarakat Cina memberi komen jijik terhadap situasi dihadapi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau mengakui marah dengan sikap yang ditunjukkan kerana ia tidak melambangkan budaya Tiong Hua.

“Saya marah dalam kesedihan! Tuan Guru telah dirawat di IJN (Institut Jantung Negara) turut dilaporkan dalam media Cina.

“Setelah membaca komen-komen netizen yang mengguna bahasa Mandarin, saya berasa sangat marah dan sedih.

“Saya tak jangka, ada juga netizen (penyokong parti parti tertentu atau hasil hasutan parti parti tertentu) memberi komen yang sangat menjijikkan,” katanya.

Beliau juga turut memberikan contoh antara ayat yang digunakan warga maya terhadap Abdul Hadi.

“Cantik, dia sangat mendekati pencipta dah; harap dia tak sampai Jumaat ini; selamat bersemadi dengan aman dan banyak lagi komen-komen yang teruk.

“Ini bukan budaya Tiong Hua dan budaya Malaysia! (kesopanan dan kesusilaan) Saya tak tahu nak cakap apa lagi , korang pergi tengok sendiri,” katanya yang turut mendoakan Abdul Hadi kembali sihat.

Abdul Hadi dilaporkan dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya akibat sesak nafas, jam 7.50 malam tadi.

Beliau kemudian dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here