Bukan Sumareh, tapi Safiq Rahim jadi tumpuan peminat JDT

0
2

KELIBAT bekas kapten, Safiq Rahim lebih menjadi tumpuan berbanding Mohamadou Sumareh dalam aksi latihan pasukan Johor Darul Ta’zim, malam tadi.

Berdasarkan gambar-gambar latihan yang dikongsi laman Facebook rasmi pasukan itu lebih 2,100 tanda suka diberikan peminat hanya untuk gambar Safiq, setakat jam 9 pagi tadi.

Kepulangan kapten paling berjaya dalam sejarah JDT itu menunjukkan ‘comeback’ Safiq benar-benar dinantikan peminat JDT dengan majoriti warganet mengucapkan selamat kembali.

Malah, gambar Syafiq Ahmad juga mendapat lebih 1,500 tanda suka dan kata-kata semangat buat bekas penyerang Kedah itu.

Ia susulan Syafiq ‘hilang’ agak lama selepas mengalami kemalangan jalan raya yang meragut nyawa anaknya serta ibu mertuanya.

Skuad JDT kembali ke padang setelah kerajaan membenarkan pasukan Liga Malaysia (Liga M) menjalani latihan menjelang sepak mula musim 2021 pada 5 Mac.

Sesi latihan berlangsung dengan mekanisme baharu iaitu ‘sport bubble’ atau gelembung sukan.

Ia usaha yang digerakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi membolehkan kejohanan sukan untuk kembali dilangsungkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here