Werner akhiri kemarau gol

0
2

TIMO Werner mengambil masa 19 perlawanan untuk menamatkan kemarau jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas membantu Chelsea menang 2-0 menewaskan Newcastle, pagi tadi.

Werner meledak pada lewat babak pertama di Stamford Bridge selepas membantu untuk gol pembukaan Olivier Giroud buat skuad kendalian Thomas Tuchel.

AFP melaporkan kemenangan itu membawa skuad Blues ke tangga keempat liga.

Ia detik baik buat Werner, yang mengharungi 14 perlawanan liga tanpa jaringan sejak berdepan Sheffield United, November lalu.

Gol tunggal dijaringkan pemain berusia 24 tahun itu dalam 19 perlawanan sebelum ini ialah ketika berdepan Morecambe dalam aksi Piala FA.

“Sebagai penyerang anda sentiasa mahu menjaringkan gol. Bulan lalu begitu sukar.

“Saya tidak gembira. Bersyukur dapat menjaringkan gol hari ini,” kata Werner yang memuji peranan Tuchel yang juga rakan senegara dalam meningkatkan persembahannya.

“Ia banyak membantu saya apabila seseorang boleh menjerit kepada saya dalam bahasa Jerman! Dia memang seorang yang bagus dan memiliki idea baik dalam bola sepak yang kami mahukan.”

Tuchel menambah: “Timo membantu dan menjaringkan gol. Saya sangat gembira dengan perkara itu dan dia berkerja keras dalam beberapa perlawanan lepas.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here