DUA pengarah syarikat swasta ditahan kerana disyaki terbabit dalam mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Ia berkaitan tuntutan Program Subsidi Upah (PSU) di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dalam kenyataannya pada hari ini berkata, kedua suspek iaitu lelaki berusia 64 tahun dan wanita berusia 39 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor hari ini bagi membantu siasatan.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias juga mengesahkan tangkapan berkenaan.
“SPRM memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan isu ketirisan terhadap bantuan yang disalurkan kerajaan bagi meringankan bebanan rakyat dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
“Siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.
Selain itu, beliau berkata dua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM sementara menunggu pendakwaan ke atas mereka. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :

