Akses laman Sugarbook.com telah disekat

0
2

Nurul Huda Abhar

SEKATAN ke atas akses laman Sugarbook.com adalah satu kejayaan dalam usaha mengekang gejala tidak bermoral dalam kalangan belia di Malaysia.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau bersyukur kerana laman tersebut telah disekat dan seterusnya menghalang kegiatan seumpama itu terus berleluasa.

“Alhamdulillah, akses ke laman sugarbook.com telah berjaya di halang. Satu kejayaan kepada kita semua dalam membanteras gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat terutama golongan belia,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Amzad dalam kenyataan berkata aplikasi Sugarbook.com perlu disekat segera kerana dilihat menjadi platform bagi aktiviti persundalan siber di negara ini.

“Pengasas Sugarbook.com adalah Darren Chan, bermastautin di Malaysia, menjalankan perniagaan atas talian yang menjadi platform untuk pelacuran.

“Perniagaan atas talian ini mendapat pelaburan daripada pelabur Hong Kong, seperti yang disebut dalam artikel temuramah pengasas Sugarbook tersebut dan pembangunan aplikasi dipercayai dijalankan dari Malaysia,” katanya.

Menurutnya, aplikasi itu digunakan pengguna dari Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain negara, namun berdasarkan laporan media, Malaysia menjadi ‘sarang’ kepada 42,500 ‘sugar daddy’, ketiga paling tinggi di Asia. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here