Selepas i-Sinar, Puteri Umno minta kerajaan beri moratorium automatik

0
2

SUSULAN kelulusan i-Sinar tanpa syarat, satu lagi perkara iaitu moratorium secara automatik mesti dilaksanakan segera agar bantuan kepada rakyat dapat diberi secara lebih efektif.

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata moratorium bukan sahaja diperlukan bagi golongan berpendapatan rendah atau B40 yang terkesan teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah diperlukan oleh ramai daripada kumpulan M40.

“Jadi penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik seperti dilaksanakan pada PKP 1.0 dahulu amat diperlukan.

“Hanya yang mampu teruskan pembayaran pinjaman seperti biasa sahaja perlu hubungi bank masing-masing.

“Permudahkanlah urusan rakyat, bantulah rakyat sedang susah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Rabu lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata KWSP dalam proses memansuhkan syarat i-Sinar bagi mempermudahkan pengeluaran oleh ahlinya.

Langkah itu, katanya, bagi membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pemansuhan itu berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan penambahbaikan inisiatif itu dibuat setelah mengambil kira maklum balas pihak awam.

Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP berumur kurang 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/11/tiada-lagi-syarat-pengeluaran-i-sinar/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here