Ibrahim nafi Putra bergolak

0
3

Aiman Hanif

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menafikan khabar angin bahawa parti itu kini sedang bergolak seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali, berkata parti itu tidak mempunyai sebarang masalah ataupun pergolakan seperti yang tersebar di media sosial.

Beliau berkata, parti itu kini sedang membina momentum kebangkitan Melayu.

“Khabar angin yang tersebar itu adalah tidak benar. Tidak berlaku pergolakan seperti didakwa.

“Ia adalah cubaan memburukkn Putra oleh golongan yang takut dengan kebangkitan Putra,” katanya kepada Malaysia Post, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial dakwaan kononnya Putra kini berdepan pergolakan yang kronik di seluruh negara.

Malah, dakwa berita yang tular itu Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra juga turut melepaskan jawatan.

Maklumat palsu yang tersebar di media sosial.