Vaksin: Jangan sebar berita palsu

0
2

JANGAN sebar berita palsu melibatkan soal hukum, nasihat Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang kepada umat Islam yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Beliau berkata, setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada mahu menerima suntikan itu atau tidak.

Katanya, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam serta mufti-mufti di seluruh negara sudah memutuskan hukum penggunaan vaksin berkenaan adalah harus berdasarkan hasil penjelasan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak halal dari sudut agama seperti penggunaan bahan-bahan binatang, kita ada satu kaedah dalam fekah iaitu istihalah.

“Apabila diproses melalui beberapa langkah peringkat yang kita sebut sebagai istihalah, maka ia sudah berubah daripada sifat asalnya, dari sudut pandangan agama ia halal dan boleh kita gunakan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Sementara itu, Syeikh Fadzil menzahirkan kesediaan untuk menerima suntikan berkenaan, namun meletakkan keutamaan kepada petugas barisan hadapan sebagai kumpulan terawal untuk menerima vaksin terbabit.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here