PKP: Kellie’s Castle disanitasi persediaan sambut pelancong

0
2

PENGURUSAN Kellie’s Castle di Batu Gajah, Perak memanfaatkan penutupan sementara disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melakukan kerja-kerja sanitasi ke seluruh kawasan persekitaran dan bangunan bersejarah berkenaan.

Pengurus Besarnya, Zamari Muhyi berkata, dalam menghadapi pandemik Covid-19 ketika ini maka penggiat industri pelancongan perlu sentiasa memastikan kawasan mereka dalam keadaan bersih dan selamat.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak (PPPB) memaklumkan, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana persediaan yang dilakukan ini adalah demi kebaikan pengusaha, kakitangan dan juga pengunjung.

“Sekiranya PKP berakhir dan sektor pelancongan dibenarkan beroperasi kita sudah bersedia kerana premis telah dilakukan sanitasi secara berkala.

“Apa yang perlu dilakukan ialah untuk sentiasa memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepertimana yang ditetapkan atau boleh diperketatkan lagi demi kepentingan pengunjung,”katanya seperti dilapor Kosmo.

Sementara itu, Zamari turut berkongsi kesedihan dan memahami keadaan yang dialami oleh pengiat-pengiat pelancongan di negeri ini yang sangat terkesan sepanjang PKP dikuatkuasakan.

Katanya, pandemik Covid-19 yang melanda negara hampir setahun menyebabkan ramai dalam kalangan pengusaha pelancongan yang sudah berputus asa hingga ada yang menutup perniagaan kerana menghadapi kesulitan.

“Oleh itu semua pihak perlu memainkan peranan bersama-sama membantu dan menyokong langkah-langkah kerajaan untuk memberhentikan penularan Covid-19.

“Kita mahu semua sektor di negara ini kembali beroperasi dengan selamat dan bebas dari ancaman wabak,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here