Menteri ingkar SOP: Amal budaya alasan, tak mahu mengaku salah – Puad

0
3
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

TINDAKAN ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan kalangan menteri dilihat semakin mencalarkan imej kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19. 
Ia susulan perbuatan melanggar SOP berkenaan tular di media sosial dan mendapat kecaman ramai, namun tiada tindakan langsung dikenakan terhadap mereka, walaupun kesalahan dilakukan berulang kali oleh individu sama. 
Menteri berkenaan bukan sahaja dilihat bebas daripada dikenakan tindakan dan tidak mengaku bersalah, tetapi turut memberi pelbagai alasan mengenai kesalahan yang dilakukan. 
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menyifatkan menteri terbabit mengamalkan ‘budaya alasan’ dengan ada sahaja alasan diberikan untuk tidak mengaku salah. 
Beliau merujuk kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang sudah beberapa kali didakwa melakukan kesalahan melanggar SOP PKP. 
“Budaya orang yang tidak mahu mengaku salah ialah ‘budaya mencari alasan’. Ada sahaja alasan yang diberi untuk tidak mahu mengaku salah.
“Annuar Musa dituduh melanggar SOP PKP kerana makan semeja bersama enam yang lain. Sedangkan SOP hanya benarkan dua orang sahaja.
“Sekali lagi Annuar bagi alasan dia cuma duduk sebentar sebelum bergegas pergi kerana penganjur tidak kut SOP. Kalau sudah tahu tidak ikut SOP kenapa duduk juga di situ walau sebentar. Mana logiknya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 
Menurutnya, sebelum ini, menteri sama ingkar SOP kerana berjoging lebih dua orang dan keadaan sama berlaku dengan hanya memberi alasan. 
“Terkial kial Annuar mencari alasan kononnya mereka bertiga datang dari arah berbeza tetapi bertembung secara tidak sengaja.
“Pandai cari alasan. Soalnya kenapa terus jalan bersama? Tiga tiga pakai tongkat tetapi tidak pakai face mask (pelitup muka). Ada ada sahaja alasan.
“Jangan tambah koyak imej PN (Perikatan Nasional) yang semakin terkoyak,” katanya. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/13/annuar-musa-kantoi-langgar-sop-lagi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here