Malaysia kehilangan intelektual ekonomi dan penganalisis

0
2

NEGARA kehilangan intelektual pemikir ekonomi dengan pemergian Prof Dr Hoo Kee Ping yang meninggal dunia hari ini.

Mendiang yang juga penganalisis politik dan pakar ekonomi itu dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur.

Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, berkata mendiang sepatutnya menjadi ahli panel Webinar Intelektual Negara yang dirancang untuk diadakan malam ini.

“PINTAR menerima berita sedih pada hari ini di mana salah seorang Ahli Jawatankuasa Pintar iaitu Dr Hoo Kee Ping telah meninggal dunia di kediaman beliau di Kuala Lumpur.

“Mendiang Dr Hoo telah dijadualkan untuk menjadi ahli panel Webinar Intelektual Negara yang dirancang untuk diadakan pada malam ini (Sabtu, 13 Feb 2021) bertajuk: Vaksin: Sejauh Manakah Ia Mampu Menjadi Penyelamat?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Dr Hoo adalah seorang yang aktif memberikan pandangan-pandangan beliau sama ada dalam kumpulan WhatsApp ataupun melalui media sosial atau media arus perdana.

“Baru-baru ini pandangan beliau mengenai gabungan PPBM, Umno dan PAS bakal menang Besar PRU15 telah mendapat liputan meluas dalam media tempatan.

“Mendiang Dr Hoo juga merupakan Penganalisis dan Penasihat Ekonomi bagi KSI Strategic Institute, di mana beliau banyak memberikan pandangan mengenai situasi ekonomi negara terutama ketika berada dalam situasi PKP dan darurat ini,” katanya.

Beliau berkata, pemergiaan mendiang Dr Hoo merupakan satu kehilangan besar bagi rakyat dan negara ini yang sentiasa prihatin mendengar dan memerhati ulasan-ulasan ekonomi dari pelbagai sudut pandang walaupun ada yang berbeza pandangan dan pendapat.

“Bagi menghormati sumbangan beliau dan kehilangan tokoh ini, PINTAR telah bersetuju untuk menangguhkan Webinar Intelektual Negara malam ini.

“Seluruh warga PINTAR ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here