Annuar Musa kantoi langgar SOP lagi?

0
1

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagaikan tidak serik apabila sekali lagi didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jika sebelum ini Ahli Parlimen Ketereh itu mendakwa dirinya ‘terserempak’ ketika bergambar bertiga ketika bersenam, terbaru beliau menjamu selera lebih dua individu semeja.

Berdasarkan gambar yang tular itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku hari ini. Ia berdasarkan tarikh pada kain rentang yang terdapat di dalam gambar berkenaan.

Tarikh kejadian adalah hari ini dan program yang dihadiri Annuar itu bertempat Kebun Komuniti Bandar (Urban Farming) PPR Seri Malaysia Kuala Lumpur.

Semakan Malaysiapost di akaun media sosial Annuar mendapati bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional itu memang mempunyai program berkenaan dan baju yang dipakai beliau sama seperti gambar yang tular.

Malah terdapat komen warga maya pada Facebook Annuar yang memaklumkan pelanggaran SOP berkenaan, namun tidak dibalas.

“Ada deme share gambaq Tan Sri makan ramai² di meja makan.. deme kata x ikut SOP,” kata Zurul.

“Sedap makan tadi kan Tan Sri Annuar Musa .. Lebih sedap makan tadi tak ikut SOP makan lebih dari 2 orang 1 meja… Hidup DBKL(Dewan Bandaraya Ketereh Lama),” kata Ismail Kobis Yang Encem.

Setakat ini Malaysiapost sedang berusaha mendapatkan reaksi beliau. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here