Lagi dakwaan gangguan polis semasa sekatan jalan raya PKP

0
2

BELUM reda mengenai kes seorang wanita mendakwa diganggu anggota polis selepas butiran peribadinya diambil semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang lagi pengguna Twitter mendakwa turut diganggu polis.

Pemilik akaun Twitter @sabiyusof mendakwa dia mengalami gangguan seksual daripada anggota polis ketika ditahan untuk pemeriksaan di SJR Jalan Duta semalam.

Menurutnya, gangguan itu susulan anggota polis berkenaan menyedari dia tidak memakai bra.

“Saya mengalami gangguan seksual oleh polis ketika di SJR Jalan Duta hari ini. Saya masih menggeletar. Polis sepatutnya melindungi rakyat bukan buat macam ini.

“Dahlah kena gangguan seksual, kena paksa bagi nombor telefon pula, kalau tak, ugut nak saman,” luahnya melalui ciapan di Twitter malam tadi.

Dia mengakui tidak memakai bra ketika itu dan anggota polis terbabit perasan mengenainya sebelum bertanyakan perkara berkenaan.

“Pada masa itu saya juga terlupa membawa lesen memandu dan seorang lagi anggota polis yang berada di situ meninggalkan saya dengan anggota polis berkenaan untuk ke khemah bagi mengambil alat untuk memeriksa kad pengenalan saya.

“Ketika itulah, anggota polis bernama Asyraf atau Ashraf menghampiri ke tingkap kereta dan berkata ‘seriouslah you tak pakai bra, cuba buka tunjuk, kalau you tunjuk i tak saman you’ dan kemudian dia desak minta nombor telefon walaupun saya berkeras mengatakan tidak selesa dengan keadaan itu,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian cuba menghubungi pihak berkuasa untuk membuat aduan berhubung perkara itu namun panggilannya tidak berjawab.

Dakwaan wanita terbabit turut mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata memintanya membuat laporan polis berhubung kejadian itu supaya siasatan lanjut dapat diambil. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/13/wanita-dakwa-diganggu-polis/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here