Klopp tidak dapat hadiri pengebumian ibunya susulan Covid-19

0
2

IBU kepada pemgendali pasukan Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan meninggal dunia dan lebih malang pengurus berasal dari Jerman itu tidak dapat pulang menghadiri pengebumian ibunya.

Klopp, 53, berdepan saat menyedihkan selepas ibu kesayangannya, Elisabeth meninggal dunia pada usia 81 tahun dan dia tidak dapat pulang ke tanah airnya berikutan larangan memasuki Jerman kerana pandemik Covid-19.

Pengendali itu memberikan penghormatan terakhir kepada ibunya melalui media dengan memberitahu akhbar Schwarzwalder Bote wanita itu sangat bermakna buat diri ya.

“Dia amat bermakna kepada saya. Dia adalah ibu yang terbaik di dunia. Sebagai penganut kristian yang taat, saya tahu dia berada di tempat yang lebih baik ketika ini.

“Saya tidak dapat menghadiri upacara pengembumiannya kerana situasi yang tidak mengizinkan ketika ini.

“Sebaik sahaja keadaan mengizinkan, kami akan mengadakan majlis peringatan yang sesuai untuk nya,” katanya seperti dilaporkan Agensi.

Kali terakhir Klopp menemui ibunya itu pada ulang tahun kelahiran ke-80 tahun lalu.

Bapa Klopp, Norbert meninggal dunia pada tahun 2000 di usia 66 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here