Safiq Rahim kembali ke JDT

0
2

WELCOME home SR8 (Safiq Rahim), kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Komen yang ditinggalkan TMJ di Instagram rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengesahkan bekas kapten pasukan berkenaan kembali menyarung jersi JDT.

Pemilik JDT itu juga berkata kehadiran semula Safiq adalah untuk misi kelapan, iaitu kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut.

TMJ meninggalkan komen berkenaan pada hantaran video yang memaparkan Aidil Zafuan Abd Radzak dan Matthew Davies sedang menonton skrin pasukan itu menjulang piala.

Ketika sedang menonton Davies mengatakan mengenai nombor 8 sebelum perbualan itu ditegur Safiq dari belakang.

“Saya dengar ada orang cakap mengenai nombor 8,” kata Safiq sebelum Aidil dan Davies mengucapkan selamat kembali kepada beliau.

Sebelum berhijrah ke Melaka United dua musim lalu, Safiq menyarung jersi JDT selama enam musim, di mana mengetuai pasukan itu menjulang Piala AFC 2015, Liga Super 2014 hingga 2018, Piala FA 2016 serta Piala Malaysia 2017. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/09/bukan-kedah-atau-selangor-tetapi-sumaresh-milik-jdt/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here