AKTIVITI berbasikal adalah ‘rahsia’ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun kelihatan menawan.
Menerusi video pendek berdurasi 30 saat yang tular, Rina berkongsi rahsia berkenaan selepas ditanya wartawan sukan yang diamalkannya sehingga kelihatan ‘fit’.
“Saya berbasikal, selain mengamalkan diet yang sihat, yang penting niat sebenarnya nak sihat,” kata Rina.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila Rina berkata demikian pada video yang dikongsi @JustinTWJ di Twitter.
Semalam, heboh di media sosial hari ini apabila netizen berkongsi gambar Datuk Seri Rina Harun yang semakin cantik dan kurus.
Malah rata rata terpesona dengan penampilan terbaharu Ahli Parlimen Titiwangsa itu yang nampak lebih segar dan kelihatan semakin muda.
Tinjauan di beberapa platform media sosial mendapat ramai netizen berkongsi gambar Rina kerana kagum dengan usahanya itu dalam menjaga kesihatan dan penampilan diri, meskipun sibuk dengan tugasan sebagai menteri. -Malaysiapost
https://twitter.com/JustinTWJ/status/1359043957808766976?s=20
Artikel berkaitan:

