‘Setahun menjadi kerajaan, akhirnya PAS tutup mulut musuh’ – Nik Abduh

0
1

AKHIRNYA PAS berjaya membuka mata rakyat Malaysia dengan membuktikan kemampuannya untuk mentadbir negara.

Menjelang setahun Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguasai tampuk pemerintahan negara, kejayaan PAS ini telah berjaya menepis dakwaan kononnya parti yang mendukung tokoh agamawan akan gagal menjadi pemerintah yang baik untuk negara.

Perkara itu ditegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mendakwa musuh-musuh parti itu terpaksa diam ‘mengunci mulut’ apabila melihat kejayaan PAS mengurus tadbir hal ehwal negara sejak setahun lalu.

“Paling asas, PAS berjaya mematikan tuduhan dan momokan pihak lawan sejak berpuluh tahun bahawa PAS mustahil mampu memerintah negara Malaysia yang maju dan majmuk. Atau, Pas hanyalah parti lebai yang hanya mampu memerintah negeri-negeri di Pantai Timur yang miskin.

“Itulah yang pernah berlaku kepada PAS apabila kembali memerintah negeri Kelantan pada tahun 1990 dahulu dengan bermenteri besarkan seorang lebai agama berserban. PAS Kelantan membuktikan sebaliknya,” katanya di Facebook.

Lebih membanggakan, menurut Nik Mohamad Abduh, PAS pantas meraih kepercayaan rakyat Malaysia sejak membentuk kerajaan PN pada 29 Februari tahun lalu.

“Bezanya, PAS Kelantan mengambil masa beberapa tahun yang agak lama untuk meyakinkan rakyat Malaysia akan kemampuannya mentadbir negeri dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’. Tidaklah pelik bagi sebuah negeri pelopor yang merintis laluan awal.

“Manakala PAS di Putrajaya hari ini melalui liku yang lebih mudah. Pujian bagi Allah, dengan rahmat dan kelebihan daripada-Nya (بفضل الله ورحمته), PAS membina keyakinan rakyat Malaysia dengan cepat sekali,” kata Ahli Parlimen Bachok itu.

Menurut Nik Mohamad Abduh, kemampuan PAS menerajui beberapa kementerian telah membuktikan parti itu mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

“Menghampiri setahun di Putrajaya, hampir tiada sindirian dan tohmahan musuh, apatah awam bahawa PAS begitu ketinggalan dan lemah kemampuannya menerajui beberapa kementerian yang diamanahkan kepadanya.

“Malah PAS dilihat mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah bersama parti-parti rakan dalam PN.

“Tohmahan ke atas PAS hanyalah berputar-putar pada serangan bertali arus bahawa PAS menjilat ludah sendiri sanggup bersekongkol dengan Umno untuk memerintah di Putrajaya. Ia hanyalah ratiban politik yang begitu mudah dilangsaikan jawabannya,” catatnya.

Pada PRU-14 PAS hanya berjaya menguasai dua negeri pantai timur dan gagal menawan Putrajaya.

Bagaimanapun apabila Bersatu bertindak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan menerusi ‘Langkah Sheraton’, PAS akhirnya berjaya menjadi kerajaan apabila membentuk kerjasama dengan PN dan Umno. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/06/umno-pas-bersatu-rapuh-ramalan-tun-m-tak-tepat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here