Kerajaan benarkan latihan berpusat pasukan Liga M, MHL dan STL

0
2

KERAJAAN hari ini membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan-pasukan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar pembentangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkaitan kelonggaran sektor sukan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan setuju membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan-
pasukan dalam MFL, MHL dan STL bermula Isnin ini, 15 Februari 2021.

“Tempat latihan dan pergerakan atlet/pemain adalah terkawal mengikut model gelembung sukan (sports bubble).

“Penginapan atlet/pemain juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) “Camp-Quarantine” dan “Home-Quarantine” yang telah ditetapkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, KBS juga telah membentangkan cadangan pembukaan beberapa aktiviti sukan khususnya yang bersifat individu serta tanpa sentuhan bagi tujuan kecergasan fizikal dan meningkatkan taraf kesihatan diri.

“Penelitian akhir sedang dibuat dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/03/bakal-ada-sinar-buat-penggiat-sukan-rekreasi-reezal-merican/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here