PKP: Izinkan sekolah memandu beroperasi

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan sekolah memandu mengalami kerugian jutaan ringgit susulan tidak dibenarkan beroperasi.

Pengerusi Persatuan Sekolah-Sekolah Memandu Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor, Harun Shafiee berkata pihaknya mengalami kerugian RM4.2 juta sejak tahun lalu berikutan industri itu menghadapi kekangan dalam beroperasi.

“Perbelanjaan bulanan kami lebih kurang RM480,000 sebulan. Apabila tutup, kami langsung tidak mempunyai pendapatan.

“Sekiranya perkara ini berterusan, kami terpaksa berhentikan atau memberi cuti tanpa gaji kepada mereka,” katanya dalam video yang dimuatnaik di laman Youtube Unit Latihan Imkeda.

https://www.youtube.com/watch?v=-8HuTZyWLz4

Katanya lagi, sebanyak 230 cawangan Imkeda menanggung kira-kira 20,000 pekerja, selain terpaksa menanggung hutang kepada pihak bank.

Beliau yang juga Pengerusi Institut Memandu Kenderaan Darat (Imkeda) berkata, pihaknya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diarahkan sebelum ini.

Katanya, sebelum ini tiada penularan Covid-19 di dalam sekolah memandu dan pihaknya berharap kerajaan memberi kebenaran untuk pihaknya beroperasi semula.

“Kami sudah tidak mampu menanggung, jika masih berterusan kami terpaksa berhentikan atau beri cuti tanpa gaji,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here