Peruntukkan RM100,000: PM hukum rakyat Padang Rengas – Nazri

0
2

PERDANA Menteri hukum rakyat, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz susulan peruntukkan lima Ahli Parlimen Umno termasuk dirinya dipotong kerajaan.

Beliau berkata tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sebenarnya bentuk hukuman kepada rakyat Padang Rengas yang diwakilinya.

“Dia (Muhyiddin) kena ingat, kalau dia nak hukum saya, bukan saya (yang menanggungnya). Ini rakyat tau? Dia menghukum rakyat.

“Saya dah sokong bajet, dia bertanggungjawab untuk memastikan rakyat di Padang Rengas mesti mendapat peruntukan yang dijanjikan kepada Ahli Parlimen lain yang menyokong bajet,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Nazri berkata Muhyiddin perlu menunaikan janji yang dinyatakan dalam Belanjawan 2021 kerana rakyat Padang Rengas berhak mendapatkan peruntukan itu.

“Terserah kepada dia jika dia nak mendiskriminasi rakyat di Padang Rengas. Wang itu tiada kena-mengena dengan saya, tugas saya hanyalah menyerahkan peruntukan itu kepada rakyat.

“Sekiranya orang tanya saya, saya akan beritahu mereka PN (Perikatan Nasional) tak bagi peruntukan, itu saja,” katanya.

Sebelum ini, Malaysiapost melaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid memaklumkan menerima peruntukan sebagai Ahli Parlimen sebanyak RM100,000 setahun.

Katanya, jumlah itu sama seperti Ahli Parlimen pembangkang berbanding Ahli Parlimen lain yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) iaitu sebanyak RM3.7 juta setahun.

“Bagan Datuk, Pontian, Pekan, Padang Rengas dan Machang antara yang menerima RM100,000. Alhamdulilah, terima kasih walaupun Bagan Datuk kawasan yang mundur di Perak.

“Terima kasihlah atas peruntukan ini dan diharap terbukalah hati pada yang membuat keputusan ini. Ini yang kami terima walaupun undi kami yang menyokong Bajet 2021. Ini hadiah kami dapat,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/06/peruntukan-rm100000-ahli-parlimen-umno-shahidan-akan-jumpa-pm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here