Menteri pulang dari luar negara tidak perlu dikuarantin?

0
2

Nurul Huda Abhar

JEMAAH Menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata, perintah tersebut dinamakan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021.

“Perintah ini berkuatkuasa bagi tempoh mulai 9 Februari 2021 hingga 1 Ogos 2021.

“Tertakluk kepada perenggan 3, menteri mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian Seksyen 15 Akta,” katanya.

Kenyataan Dr Adham itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuaan: Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang bertarikh 2 Februari 2021.

Ia sekaligus mengundang kemusykilan mengapa Jemaah Menteri diberi kelonggaran tidak perlu menjalani proses kuarantin dan hanya “pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan” sahaja.

Ini kerana jika sebelum ini individu yang pulang dari luar negara sama ada melalui penerbangan sewa khas mahupun komersial akan dikenakan kuarantin 14 hari sebaik tiba.

Peraturan kuarantin itu dikurangkan kepada 10 hari berbanding 14 hari pada 14 Disember lalu.

Peraturan tersebut terkandung dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2020/12/13/tempoh-kuarantin-wajib-dipendek-kepada-10-hari/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here