KES jangkitan Covid-19 di Malaysia kekal pada paras 3,000 buat hari keempat berturut-turut apabila merekodkan 3,100 kes baharu hari ini, menjadikan kes keseluruhan dalam negara meningkat kepada 245,552.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan daripada keseluruhan kes hari ini, cuma satu kes import dan selebihnya penularan tempatan.
Jumlah kes aktif di Malaysia juga terus meningkat kepada 51,977 kes di sebalik 2,340 kes sembuh baharu.
Selangor terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 1,196 diikuti Johor (490), Melaka (344), Kuala Lumpur (295) dan Pulau Pinang (209).
Sabah pula semakin menunjukkan penurunan apabila berada dalam senarai negeri dengan kes di bawah 100 iaitu 169 kes hari ini, diikuti Negeri Sembilan (104), Sarawak (84) Perak (72) dan Kedah (37).
Kelantan dan Terengganu masing-masing 30 kes, Pahang (28), Putrajaya (8), Perlis (4) manakala Labuan tidak mencatatkan sebarang kes baharu.
Sebanyak 24 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 896 kes. – Malaysiapost

