Peluang jadi sukarelawan Kajian Klinikal Vaksin Fasa 3 masih dibuka

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan peluang masih dibuka kepada individu yang berhasrat menjadi sukarelawan Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19.

KKM dalam kenyataan berkata, pihaknya mengalu-alukan individu berumur 18 tahun ke atas dan sihat untuk menyertai kajian tersebut.

“Peluang untuk menjadi sukarelawan Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19 masih terbuka. Individu berumur 18 tahun ke atas dan sihat dialu-alukan menyertai kajian.

“Setakat ini, 990 sukarelawan telah setuju dan 208 telah menerima dos pertama vaksin kajian atau placebo,” katanya dalam ciapan di laman Twitter @KKMalaysia hari ini.

Turut disertakan infografik mengandungi maklumat berkaitan hospital yang terlibat sebagai Tapak Kajian program tersebut.

Bagi individu yang berminat dan tinggal di Lembah Klang boleh hubungi Hospital Ampang di nombor 016 7266614, dan Hospital sungai Buloh 011 10045343.

Individu yang berada di Sarawak boleh hubungi Hospital Umum Sarawak di 012 3108108 dan di Perak boleh menelefon Hospital Taiping di 019 5544976.

Di Pulau Pinang pula mereka boleh hubungi Hospital Pulau Pinang di 014 9453599, dan Hospital Seberang Jaya di 014 9065518.

Manakala, individu di Kedah boleh hubungi Hospital Suktanah Bahiyah di 011 63311654, dan Hospital Sultan Abdul Halim di 017 7931938. – Malaysiapost


Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/27/vaksin-covid-19-kajian-klinikal-fasa-3-bermula-hari-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here