Jawi benar jemaah wanita solat di masjid

0
4

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan kehadiran jemaah wanita menunaikan solat fardu berjemaah di masjid dalam Wilayah Persekutuan.

Menerusi ciapan di laman Twitter @myJAWIKL , dalam ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti solat fardu yang baharu, kehadiran jemaah wanita telah dibenarkan.

“Kehadiran untuk solat fardu lima waktu dibenarkan kepada jemaah wanita dengan bilangan jemaah dihadkan kepada separuh ruang solat wanita dengan penjarakan 1.5 meter,” katanya.

Sebelum ini, Jawi membenarkan pertambahan jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, jemaah solat fardu lima waktu turut ditambah kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Katanya, aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/jawi-benarkan-pertambahan-jemaah-di-masjid-surau/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here