Tak sempat makan kejar order, Datuk Fazley belanja ‘rider’ McD

0
2

PRIHATIN nasib penghantar makanan atau ‘rider’ yang terpaksa menangguh waktu makan kerana mengejar masa, penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob membuat kejutan menyumbangkan makanan kepada mereka.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, Fazley berkongsi kisah bertemu dengan seorang rider yang meluahkan situasi mereka melaksanakan tanggungjawab menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

“Pada minggu lalu saya terserempak dengan seorang rider, dia cakap nak makan pun tak sempat, rushing nak pastikan customer dapat order.

“Sampaikan dia cakap ‘Bila hantar McD tu pun, bau fries dan burger buat saya makin lapar, tapi kena sabar sampai ada waktu untuk makan” dan ada ketikanya riders pulak yang message dalam apps cakap “Minta maaf bang, food lambat siap.

“Sebenarnya semua rider berusaha bersungguh-sungguh untuk jalankan tugas demi customer,” tulisnya.

Sementara itu, Fazley memuat naik tangkap layar perbualannya dengan seorang rider.

Dalam perbualan itu, chef selebriti itu meminta rider tersebut untuk mengambil makanan yang telah dipesan, dan mengagihkannya bersama kawan-kawan lain.

Selain mengucapkan terima kasih, rider tersebut juga menghantar gambarnya dan rakan-rakan bersama makanan yang telah disumbangkan.

Entri tersebut mendapat lebih 3,000 tanda suka dan komen selain dibanjiri kata-kata positif daripada peminat Fazley yang memuji tindakannya berusaha memudahkan urusan orang lain. – Malaysiapost


Artikel berkaitan:

  1. https://malaysiapost.com.my/2021/02/06/food-panda-hantar-makanan-guna-sampan/
  2. https://malaysiapost.com.my/2021/02/03/puteri-umno-cari-rider-food-panda-bonceng-anak-kecil/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here