TERKEDU, beli kotak pensil percuma seluar dalam wanita. Itu yang dialami seorang wanita yang berkongsi pengalaman menerima bungkusan yang dibalut dengan seluar dalam.
Menerusi perkongsian di Facebook, Mamaayu Admia Ayunormaslinda menyatakan tindakan itu sangat melampau walaupun barangan yang diterimanya dalam keadaan baik.
“Sangat mengecewakn kami sebagai seller dan juga customer. Hari ni barang yang husband order sampai dengan box dibalutkan menggunakan seluar dalam ni. Sangat-sangat melampau.
“Barang memang dalam keadaan baik, kotak kemek habis saya tak kisah sangat tapi kenapa sampai dalam keadaan mcm ni,” katanya yang berkongsi hantaran itu malam tadi.
Beliau dalam itu berharap syarikat kurier yang menghantar barangan itu dapat bertanggungjawab.

“Pihak atasan J&T tolong selesaikan masalah ini. Hak saya sebagai pengguna Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi dari warga net ada yang beranggapan syarikat penghantar tidak bersalah dan mendakwa penjual yang bersalah.
“Kalau i rider nak hantar benda macam ni , ingat ke i nak hantar barang ? memalukan diri sendiri siap kena marah siapa nak hnatar ? Kak pakai logic sikit ya kalau membuat fitnah kepada courier,” kata Andre Hoe.
“Fitnah ke ni ha…. Takkanlah awak terima je kalau betul brother jnt tu hantar depan mata awak camni rupa…. Biar betul…,” kata Nor Adila Ali. -Malaysiapost

