Manifestasi kegelisahan rakyat – Zahid

0
2

TINDAKAN warga maya menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi ruangan komen di Facebook Istana Negara, adalah manifestasi kegelisahan rakyat berhubung kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah membaca laporan berita berhubung perkara itu dengan teliti dan melihat isi kandungannya sebagai sesuatu yang serius.

Beliau berkata, apa yang rakyat mahukan adalah kehidupan sejahtera dan pekerjaan untuk menyara diri serta keluarga.

“Apa yang berlaku ketika ini sebaliknya. Orang mengeluh sana sini tentang kehidupan mereka. Hilang kerja dan sebagainya.

“Ketika berdepan kesukaran hidup, kita berdoa supaya wabak ini tamat segera dan politik negara dapat diperkukuhkan.

“Percayalah hanya pada Allah kita bergantung harap dan Allah jualah yang mampu mengubah hati-hati manusia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Baru-baru ini, warga maya ‘membanjiri’ ruangan komen dalam satu hantaran di Facebook Istana Negara, sebagai luahan perasaan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia dilakukan terhadap satu hantaran yang memuatnaik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi sesi perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Rata-rata warganet menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka semasa pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/saya-tiada-kedudukan-dalam-kerajaan-tapi-akan-bersuara-zahid/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here