TIDAK salah beli makanan, makan dalam kereta, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.
Menerusi siaran di stesen radio Kool FM, Nik Ezanee berkata, tindakan ‘dine in’ dalam kereta tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kalau dia duduk di dalam kenderaan, dia tidak langgar jumlah tu tak apalah. Kalau dia single atau dua orang, okaylah.
“Bagi saya, saya tengok tiada pelanggaran syarat di situ. Syarat kata dua orang dalam satu kereta,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditanya penyampai radio sama ada menjadi kesalahan apabila sesorang individu makan di dalam kereta di hadapan kedai selepas membuat pesanan makanan.
Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, selagi peraturan tidak mengatakan ia salah, ia akan dibenarkan walaupun terdapat percanggahan pendapat dalam kalangan rakyat.
Katanya, setakat ini di daerah beliau iaitu Petaling Jaya tiada laporan atau rungutan berhubung isu berkenaan.-Malaysiapost

