IMR kaji guna air liur, kahak untuk kesan Covid-19

0
2

INSTITUT Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang mengkaji untuk menggunakan air liur (awal pagi) dan kahak (deep throat saliva) untuk dijadikan sampel bagi mengesan Covid-19.

Ketua Unit Virologi IMR, Dr T Ravindran berkata ia adalah penemuan terbaharu bagi menggantikan sampel yang diambil hasil calitan pada hidung dan tekak pada masa ini.

“Ia telah kita nilai, dan memang sebagus sampel yang kita guna sekarang iaitu calitan daripada hidung dan tekak,” katanya dalam sesi libat urus media darurat Covid-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan siri 2/201 secara dalam talian di Kuala Lumpur semalam, lapor Bernama.

Kaedah itu dilihat penting kerana ia bersifat ‘self collected’ (dikumpul sendiri) dan akan menjimatkan pemakaian penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE).

Sampel itu juga setakat ini didapati sesuai bagi ujian real-time reverse transcriptase-PCR (RT-PCR).

“Kita juga akan mengkaji sama ada sampel ini sesuai digunakan untuk ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag), kita perlu sedikit masa lagi untuk melengkapkannya,” katanya.

Dalam sesi sama, Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Dr Hani Mat Hussin menyatakan sebanyak 6.336 juta ujian Covid-19 sudah dilakukan di seluruh makmal di negara ini sejak 24 Januari tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, 4.477 juta ujian dibuat menggunakan RT-PCR manakala sejumlah 1.859 juta ujian lagi menggunakan RTK-Ag,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here