TIMBALAN Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan solat hajat buat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, solat hajat yang boleh dilakukan selepas solat maghrib hari ini bertujuan untuk memohon kepada Allah memberi kesejahteraan dan kekuatan buat Dr Noor Hisham.
“Juga untuk menghindarkan Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan kita dari dipergunakan sebagai alat politik.
“Kita doa agar Allah memberi kekuatan mental kepada Tan Sri dalam menjalankan tugas terutama sekali dalam isu Covid-19,” katanya menerusi video yang dihantar kepada Malaysiapost.
Beliau sekali lagi menyeru buat seluruh umat Islam di Malaysia untuk melakukan solat hajat walaupun di mana mereka berada.
“Ini untuk satu tujuan untuk hindar Dr Noor Hisham menjadi alat politik dalam isu Covid-19,” katanya. -Malaysiapost
