Covid-19: 3,391 kes baru, 19 kematian

0
3

SEBANYAK 3,391 kes Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di dalam negara sebanyak 234,874 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut empat adalah kes import manakala sebanyak 3,387 kes adalah penularan tempatan.

“Selangor terus kekal negeri tertinggi bilangan kes dengan 1,228 kes, diikuti Johor (598) dan Kuala Lumpur (395).

“Negeri-negeri lain mencatatkan bilangan dibawah 200 kes dan tiada negeri zon hijau hari ini selepas Perlis merekodkan satu kes positif Covid-19,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,751 kes.

“Sebanyak 19 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 845 kes.

“Terdapat 3,392 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 185,278 kes,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat 310 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 134 kes memerlukan bantuan pernafasan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here