TEKA teki hala tuju Liridon Krasniqi akhirnya terjawab apabila pemain natruliasi negara itu dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Kelab A-League, Newcastle Jets.
Perkara itu diumumkan kelab Australia berkenaan, hari ini dan Liridon yang lebih dikenali sebagai Mat Don itu kan menyertai pasukan sebaik sahaja pintu perpindahan dibuka pada 16 Februari 2021.
Perkembangan itu diumumkan melalui media sosial Newcastle Jets dan turut disahkan oleh pengurus kelab, Joel Griffiths.
βDia boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Kehadirannya dialu-alukan dan beliau ingin belajar mengenai budaya kita. Dia juga komited untuk menampilkan aksi terbaik dalam permainannya,β kata Griffiths.
Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan semula ke bekas kelab, Kedah FC.
Liridon sah menjadi warganegara Malaysia pada Februari tahun lalu dan membolehkan beliau beraksi bersama skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan datang.-Malaysiapost

