Tun M menyesal pilih Tommy peguam negara

0
2

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesal kerana melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai peguam negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Jelas Dr Mahathir beliau sedar bahawa Tommymasih terikat ‘kisah silam’ tertentu.
“Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, sudah tentu saya akan pilih orang lain. 
“Tetapi, pada masa itu, saya fikir seorang peguam negara yang profesional akan beri sesuatu yang baharu,” kata Mahathir dalam satu wawancara khas dengan FMT.
“Saya tak sedar yang dia ada ‘kisah silam’, yang nampaknya masih mempengaruhinya,” kata Mahathir, yang tahu Tommy bukanlah penyokongnya semasa beliau dilantik menjadi perdana menteri keempat pada tahun 2018.
Mahathir mengulas beberapa kritikan langsung oleh Tommy terhadapnya dalam memoirnya, “My Story: Justice in the Wildernes”.
Ia termasuk tindakan Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri tetapi masih mahu memegang jawatan itu secara sementara.
Tommy juga menyifatkan tindakan Mahathir meletak jawatan sebagai sesuatu yang tidak boleh dipertahankan kerana membelakangkan mandat pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
Mahathir berkata Thomas sebelum ini mengecamnya atas penyingkiran bekas presiden Mahkamah Agung, Salleh Abas, namun masih memutuskan untuk melantik beliau sebagai peguam negara bukan Melayu pertama sejak pembentukan Malaysia pada 1963.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menyangkal dakwaan Tommy bahawa tindakan beliau meletakkan jawatan perdana menteri tahun lalu berupa pengkhianatan besar-besaran terhadap rakyat.
Beliau menegaskan keputusannya itu semata-mata berasaskan hakikat PH tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di Parlimen, susulan tindakan Bersatu dan pemimpin PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta penyokongnya keluar gabungan itu.
“Jadi, sama ada saya berundur atau tidak, saya tidak boleh jadi perdana menteri PH kerana PH sudah tumbang,” katanya dalam temubual itu.- Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here