PH, PN atau BN lebih pemurah?

0
1

PEMERINTAHAN kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikatakan lebih ‘kedekut’ jika dibandingkan dengan Perikatan Nasional (PN) mahupun Barisan Nasional (BN) dalam berbelanja untuk rakyat. 
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ketika PH berkuasa banyak peruntukan untuk rakyat yang dipotong atau dikurangkan selain pelbagai aset penting negara turut dijual. 
Menurutnya, semasa menjadi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng lebih banyak berjimat termasuk memperkenalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan BN. 
“Zaman Guan Eng (DAP) jadi Menteri Kewangan, Kerajaan PH lebih ‘pemurah’, tidak terlalu berjimat cermat berbanding Kerajaan PN jauh sekali dibandingkan Kerajaan BN.Masakan tidak;- Rakyat dapat e-Wallet RM30- PH perkenalkan BSH ganti BR1M (zaman Kerajaan BN) yang mengurangkan penerima daripada 7 juta orang zaman BN kepada hanya 3 juta penerima.- PH perkenalkan BSH, bagi orang Bujang (40 tahun ke atas) RM100, berbanding BR1M zaman BN orang bujang (21 tahun ke atas) RM450- Bantuan sara hidup bulanan Nelayan dipotong- Bantuan Baucer Buku Mahasiswa RM250 dipotong. 
“Itu tidak termasuk berapa banyak aset-aset strategik dijual atas alasan kononnya nak bayar hutang termasuk menjual pegangan saham Khazanah Nasional bernilai RM8.42 bilion dalam IHH iaitu syarikat konglomerat kedua terbesar dunia dalam sektor perubatan dan kesihatan (bayangkan kalau kita masih menguasainya di zaman Pandemik yang mana sektor kesihatan paling memuncak),” katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini. 
Beliau mengulas mengenai kenyataan Guan Eng yang menggesa kerajaaan supaya melaksanakan dasar ekonomi radikal berbanding berjimat cermat. 
Terdahulu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam Program Minda Profesor Negara yang disiarkan secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN) semalam, mendakwa kerajaan PN terlalu berjimat cermat hingga takut untuk berbelanja besar demi kepentingan rakyat. 
Asyraf turut menyindir pemimpin pembangkang itu dengan bertanyakan kerajaan mana yang paling pemurah dalam membela nasib rakyat. 
“Jadi kerajaan mana yang paling pemurah, banyak berbelanja untuk rakyat dan tidak terlalu berjimat cermat; BN, PH atau PN?,” tanya beliau. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here