Kerajaan lebih stabil jika kerjasama Umno, PAS, Bersatu dalam PRU-15 – Annuar Musa

0
2

UMNO perlu berada dalam saf pemenang jika mahu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti, kata Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata berdasarkan pandangan peribadinya kerjasama antara parti Melayu mampu merealisasikan hasrat itu dengan bersama PAS dan Bersatu.

“Sebanyak 142 kerusi di kawasan Melayu, jika parti Melayu ini bersatu kita mampu menang dengan membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga. Kerajaan yang stabil.

“Untuk itu parti Melayu perlu bersatu dan Umno perlu menjadi pendokong kearah itu,” katanya dalam siaran langsung di Bicara Minda anjuran Sinar Harian, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata jika kerjasama itu berlaku beliau yakin Umno akan memperoleh paling banyak kerusi yang akan bertanding dalam PRU nanti.

“Saya bersama PAS, Bersatu mereka tidak ada masalah untuk benarkan Umno bertanding banyak kerusi. Umno mempunyai pengalaman dan kerusi paling banyak ketika ini.

“Kita sudah ada peluang depan mata, jangan belum bincang kita sudah bergaduh,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata secara realitinya Umno tidak boleh bergerak secara solo kerana hasil tiga kali kajian dilakukan mendapati Umno akan kalah.

“Dulu kita ada 16 parti dalam BN sekarang tinggal empat. Perikatan Nasional (PN) pula ada 12 parti. Jika kita decide tidak bersama PN kita mahu bersama siapa?

“Sebab itu Umno perlu ada dalam saf pemenang,” katanya.-Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/tidak-perlu-khuatir-dengan-kebangkitan-umno-bn-zahid-hamidi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here