Bertengkar di jalan raya: Polis terima laporan kakitangan UPM

0
1

KAKITANGAN wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tular menerusi video pertengkaran di jalan raya berhampiran Hospital Serdang, semalam membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang memaklumkan wanita berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan.

“Namun, sehingga hari ini, wanita itu belum hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi membolehkan percakapan dirakam berikutan kejadian tersebut,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Wan Kamarul berkata, bagaimanapun, lelaki yang dikaitkan dengan kejadian dengan wanita itu telah hadir dan percakapannya telah dirakam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen14 Akta Kesalahan Kecil.

Semalam, tular video kelakuan seorang kakitangan wanita UPM yang bertengkar di jalan raya berhampiran Hospital Serdang.-Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/pemandu-wanita-tular-maki-pengguna-jalan-raya-mohon-maaf/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here