Laporan polis terhadap Tommy keadilan buat mereka yang difitnah – Apandi

0
2

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat laporan polis terhadap Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah menerusi buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur, sekitar jam 2.30 petang tadi.

Apandi menerusi kenyataan memaklumkan tujuan laporan polis itu dibuat bagi menegakkan keadilan yang bukan sahaja untuk dirinya malah orang lain yang turut sama difitnah di dalam buku berkenaan terutama sekali pegawai yang bertugas di Jabatan Peguam Negara.

“Mereka terperangkap dalam kesulitan untuk mempertahankan diri dan pada masa yang sama, menentang bekas ketua jabatan mereka. Sebagai bekas Peguam Negara, saya bersimpati dengan para pegawai yang dipandang rendah oleh Tommy Thomas.

“Ini sangat tidak wajar dia harus sedar bahawa pegawai itu adalah tulang belakang perkhidmatan undang-undang. Saya ingin nyatakan bahawa pegawai-pegawai itu berdedikasi dan mereka tidak melakukan kesalahan ketika berkhidmat dengan saya sebelum ini,” katanya.

Katanya, sebagai bekas Peguam Negara dan sering dipersalahkan tidak pernah terlintas buat dirinya untuk membuka mulut seperti dilakukan Tommy Thomas kerana ia adalah rahsia negara.

Semalam, Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap Tommy yang juga bekas Peguam Negara berhubung dakwaan memfitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka selepas polis menerima laporan daripada bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, kelmarin.

Mohamad Hanafiah dalam laporan polisnya mendakwa dalam buku itu, Tommy memfitnah dan memburukkan imejnya ketika beliau masih bertugas sebagai seorang pegawai kanan kerajaan. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/03/polis-siasat-tommy-thomas/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here