Darurat: ‘Hentikan tohmahan tidak berasas terhadap keprihatinan Agong’ – PM

0
2
PUTRAJAYA, April 25 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during special interview at his office at Perdana Putra today. --fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED

Nurul Huda Abhar

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak berhenti melemparkan tohmahan yang tidak berasas terhadap keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memperkenankan Proklamasi Darurat.

Perdana Menteri menjelaskan kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Tuanku berpuas hati bahawa penularan wabak Covid-19 di negara ini berada di tahap kritikal dan perlunya pelaksanaan darurat selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.

“Seperti yang saya jelaskan secara panjang lebar sebentar tadi, Proklamasi Darurat yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bertujuan untuk memberikan bidang kuasa tertentu kepada Kerajaan untuk mengurus pandemik Covid-19 dengan lebih cepat, cekap dan berkesan.

“Tindakan serta merta sedang diambil oleh kerajaan di bawah peruntukan Ordinan Darurat yang sedang berkuatkuasa.

“Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai tujuan lain selain daripada membendung penularan Covid-19 dengan lebih berkesan dan melindungi nyawa rakyat,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, hari ini.

Beliau berkata, walaupun terdapat segelintir pihak yang cuba mencabar Proklamasi Darurat di mahkamah, pihaknya percaya bahawa Al-Sultan Abdullah sebagai Ketua Negara amat memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here