KJ dilantik Menteri Penyelarasan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

0
2

Nurul Huda Abhar

TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan perlantikan, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penyelarasan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, bagi memastikan program imunisasi tersebut dilaksanakan dengan teratur.

Perdana Menteri berkata, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengetuai satu Pasukan Pertugas Khas yang menguruskan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi kerajaan.

“Ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan untuk terus menumpukan kepada fungsi-fungsi perkhidmatan kesihatan dalam menangani penularan wabak Covid-19 yang masih menunjukkan trend membimbangkan,”katanya hari ini.

Muhyiddin mengumumkan perlantikkan tersebut dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, yang disiarkan secara langsung, hari ini. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/03/kkm-sedia-laksana-imunisasi-vaksin-pertama-dr-adham/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here