Ahli Parlimen PH nafi dapat peruntukkan RM100,000

0
2

Nurul Huda Abhar

AHLI Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) menafikan bahawa menerima peruntukkan RM100,000 seperti yang didakwa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, pihaknya masih tidak menerima sebarang peruntukkan yang disalurkan kerajaan pada tahun ini.

“Mana ada Ahli Parlimen Pembangkang dapat RM100,000? Saya Ahli Parlimen Segambut satu sen pun tak dapat tahun ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya, semalam.

Semalam, Ahmad Zahid menerusi satu program bual bicara memberitahu beberapa Ahli Parlimen Umno, termasuk dirinya diberi peruntukan RM100,000 setahun, iaitu peruntukan yang sama diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang di bawah Belanjawan 2021

Bagaimanapun, beliau berkata Ahli Parlimen lain dalam Perikatan Nasional mendapat peruntukan RM3.7 juta seorang.

Namun, beliau mengucapkan ‘terima kasih’ kepada kerajaan atas peruntukan itu dan mengatakan jumlah itu ‘mencukupi’ untuk kawasannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin mengakui terkejut dengan pendedahan Ahmad Zahid tersebut.

Kee Chin berkata, beliau tidak menerima apa-apa peruntukkan dan tidak dihubungi Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) setakat ini.

“Saya terpanggil utk membetulkan fakta, kami Ahli Parlimen pembangkang setakat ni tak dapat apa-apa peruntukan dan tidak dihubungi oleh ICU JPM.

“Saya sendiri terkejut dgn pendedahan ini, kenapa hanya RM100lk utk beliau, macam ni ke layanan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here