Ibu Yati bakal berdepan tindakan saman

0
1
Wan Noor Hayati Wan Alias | A journalist has claimed trial at the Kuala Lumpur Magistrate's court to three charges of making statements which could disrupt public peace in relation to the novel coronavirus . Starpic by Kamarul Ariffin/5.2.2020

PENCERAMAH bebas, Abu Syafiq akan mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan bahawa seorang bekas wartawan yang didakwa memfitnahnya baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram (IG), Abu Syafiq memberitahu akan menghantar satu notis tuntutan ke atas wanita yang digelar ‘Ibu Yati’.

“Insya-Allah minggu depan melalui peguam saya akan hantar satu saman/notis tuntutan ke atas seorang wanita bergelar Ibu Yati bekas wartawan kerana memfitnah saya,” tulisnya semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lanjut kenyataan fitnah yang dibuat wanita tersebut kepada dirinya.

Terdahulu, wanita yang digelar Ibu Yati menggemparkan negara apabila dikatakan menyebarkan fahaman ajaran Islam Melayu.

Ibu Yati atau nama sebenar Wan Noor Hayati Wan Alia didakwa membawa ajaran ‘agama Melayu’ dengan lafaz syahadah yang pelik disamping amalan ritual yang melanggar syariat Islam.

Semalam, wanita tersebut disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kes penyebaran fahaman terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here