Penyanyi Kau Ratnaku, bebas Covid-19

0
2

ALHAMDULILAH saya bebas Covid-19, kata penyanyi Kau Ratnaku, Roy.

Roy menerusi Facebooknya memaklumkan, beliau disahkan bebas positif Covif-19 selepas seminggu dirawat dan menjalani kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

“Alhamdulillah, saya sudah keluar hospital dan bebas Covid-19 tahap empat. Sebelum ini, saya berada tahap kedua yang bahaya, selain mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelah kiri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat FB di mana sahaja kerana sudi mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan saya,” katanya.

Sementara itu, Roy terharu dengan doa diterimanya dari peminat yang mahu melihat beliau sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Menurut Roy, pengalaman bergelar pesakit Covid-19 membuka matanya untuk lebih menghargai kesihatan.

“Saya sudah rasa dan hampir putus nyawa. Perkara ini boleh berlaku bila-bila masa dan di mana mana.

“Justeru, saya harap anda semua dapat menjaga diri sebaik mungkin supaya tidak dijangkiti. Jika dijangkiti, ia mendatangkan masalah yang besar.

“Saya panjatkan doa untuk kesejahteraan dan keselamatan anda semua,” katanya.-Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/26/isteri-nafi-roy-meninggal-dunia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here