Nurul Huda Abhar
PELAKON dan pengarah, Isma Yusoof membuat pengakuan berani di laman sosial bahawa dirinya adalah ‘pondan’ atau transgender.
Menerusi video berdurasi 2 minit 24 saat yang dimuat naik di laman Instagram (IG), beliau mengaku bahawa dirinya dari kecil sudah mempunyai sihat seperti seorang kanak-kanak perempuan.
“Saya nak beritahu sesuatu. Ya saya memamg pondan. Saya pondam dari kecil sejak azali.
“Kalau kamu melihat gambar saya masa kecil, memang dah nampak dah saya bergaya kaki kepit-kepit tu macam dah pondan dah,” katanya dalam video itu.
Menurut Isma, peminat mungkin tidak menyedari keadaan darinya yang menyamai perempuan kerana hanya melihat dirinya ketika dalam lakonan.
Isma atau nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof, 38, juga mengakui selesa dengan keadaan dirinya sekarang.
“Ramai juga yang kata kenapa muka saya macam jantan, tak macam Sajat. Tak makan pil hormon untuk jadi macam wanita. Dan suara tak macam perempuan.
“Kenapa saya nak buat semua tu? Saya gembira dan terima bagaimana diri saya.
“Oleh kerana masyarakat hanya menerima lelaki dan perempuan, maka sebab itu pondan kena makan hormon potong itu ini untuk diterima masyarakat,” ujarnya lagi.
Pengarah drama ‘Teman Lelaki Upahan’ itu juga mengaku tertarik kepada lelaki kerana sifat dalaman dirinya adalah lebih kepada wanita.
“Jadi lepas ni jangan tanya lagi perubahan saya. Saya pondan, dan bangga dengan keadaan itu,” katanya. – Malaysiapost

