PKPD di 4 kawasan di Hulu Terengganu, Kuala Kangsar mulai esok

0
1

KERAJAAN hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di empat lokasi merangkumi dua di Terengganu dan dua lagi di Perak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon berkata PKPD di kawasan itu bermula esok sehingga 17 Februari ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi kes Covid-19 di Felda Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, di mana sehingga 1 Februari lalu, KKM telah melaksanakan 420 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 kes positif direkodkan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Felda Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu mulai 4 Februari sehingga 17 Februari 2021,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 583 penduduk di 198 buah rumah serta mengawal jangkitan dalam komuniti di felda tersebut.

“PKPD juga akan dilaksanakan di tapak bina Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas 386 ujian saringan dijalankan, 62 daripadanya adalah kes positif,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Felda Lasah dan Kampung Besi Api, Kuala Kangsar, Perak.

Katanya, sehingga 31 Januari 2021, KKM telah melaksanakan 71 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 35 kes positif Covid-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Felda Lasah dan Kg Besi Api, Kuala Kangsar, Perak juga mulai 4 Februari sehingga 17 Februari 2021,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/3-pkpd-di-perak-dilanjutkan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here