Pengurus hotel ‘singsing lengan’ buat promosi jalanan jual makanan

0
2

SEKTOR perhotelan antara industri yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah berlarutan lebih setahun.

Kebanyakan pengusahanya terpaksa gulung tikar menutup hotel hingga mengakibatkan ramai pekerjanya yang kehilangan sumber pendapatan.

Namun masih terdapat segelintir pengusaha yang cuba bertahan semampu mungkin melalui pelbagai inisiatif termasuk mengambil pendekatan secara kreatif dan positif dengan menjana pendapatan selain daripada tempahan bilik.

Di Pulau Pinang, usaha itu dapat dilihat daripada Pengurus Hotel Red Rock, Jeffrey Lim yang sanggup turun ke jalanan untuk mempromosikan jualan makanan daripada hotelnya di George Town.

Difahamkan, Jeffrey mula melakukan promosi itu dengan melambai dan memanggil pelanggan untuk singgah membeli makanan di hotelnya yang dijual dengan harga RM3 sahaja bagi setiap jenis makanan.

Usaha itu dikatakan dilakukannya sejak Isnin lalu demi kelangsungan perniagaan hotel dan pekerjanya.

“Ini adalah bagi membantu hotel dan pekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika Covid-19.

“Kami perlu bergantung pada usaha sendiri untuk terus hidup dan tidak boleh bergantung pada bantuan kerajaan yang tidak banyak untuk industri hotel,” katanya menerusi rakaman video oleh Bernama.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat Jeffrey sedang memegang kad yang tertulis ‘RM3 only’ semasa menjual masakan dihasilkan hotelnya itu.

Antara masakan yang dijual ialah mihum tomyam, nasi goreng dan nasi ayam yang di masak oleh cef dan pekerja hotel berkenaan.

Usaha Jeffrey itu turut mendapat reaksi daripada warganet yang turut bersimpati melihat kegigihannya demi menyelamatkan hotel dan pekerjanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here