KENYATAAN bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menerusi penerbitan bukunya bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’ bersifat jahat dan menghina pegawai undang-undang.
Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa) berkata, dakwaan Tommy itu bercanggah dengan tugas sebenar pegawai undang-undang yang sentiasa menjalankan amanah dipertanggungjawabkan menurut peruntukan undang-undang tanpa mengira siapa Peguam Negara atau Kerajaan yang memerintah.
Katanya, cabaran, dugaan serta tekanan dalam tugasan seorang pegawai undang-undang memberi implikasi bukan kepada mana-mana individu dan pelanggan, sebaliknya memberi kesan kepada kepentingan negara serta awam dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Kami tidak bekerja untuk mengejar populariti individu, malahan dasar kerahsiaan, integriti dan profesionalisme yang ditekankan di dalam perkhidmatan sentiasa mengikut tindakan dan tata kerja pegawai undang-undang.
“Pandangan Tommy amat tidak bertamadun dan mencerminkan kedangkalan pemikirannya. Apa-apa jua perasaan tidak puas hati beliau semasa berurusan dengan pegawai undang undang tidak wajar dan tidak patut dicoretkan untuk tatapan umum.
“Persepsi tersebut adalah ciptaan beliau atas kegagalannya dalam menerajui Jabatan Peguam Negara serta memahami pentadbiran perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jalsoa dalam pada itu berkata, Thommy sewajarnya menjaga kehormatan dan nama baik jawatan Peguam Negara yang pernah disandang beliau serta institusi perkhidmatan perundangan dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang di peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Persatuan itu berkata, sebagai Peguam Negara ketika itu, Tommy juga adalah Ketua Perkhidmatan kepada Pegawai Undang-Undang dalam Skim Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
“Kenyataan-kenyataan dalam buku tersebut menunjukkan beliau telah salah arah dan salah tanggapan mengenai peranan Pegawai Undang-Undang dalam skim perkhidmatan ini,” katanya.
Persatuan itu berkata, pegawai undang-undang sama ada yang ditempatkan di AGC mahupun di mahkamah sentiasa menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan mengikut peruntukan undang-undang tanpa mengira siapakah Peguam Negara atau kerajaan yang memerintah.
“Kami tidak bekerja untuk mengejar populariti individu, malahan dasar kerahsiaan, integriti dan profesionalisme yang ditekankan di dalam perkhidmatan awam sentiasa melatari setiap tindakan dan tatakerja pegawai undang-undang,” katanya.
Tambah Jalsoa, Tommy tidak wajar mempertikaikan kemampuan, keupayaan dan keboIehan pegawai undang-undang di bawah seliaan beliau dalam tempoh yang singkat apatah lagi menyebut dengan jelas nama pegawai undang-undang dalam bukunya dengan cemuhan.
“Pegawai undang-undang yang mempunyai kelayakan dan kelulusan akademik yang setaraf dengan peguam swasta hadir mewakili kerajaan dan berjuang dalam pertikaian pihak-pihak di mahkamah termasuk pertikaian dan rundingan antarabangsa demi kepentingan negara.
“Pandangan Tommy amat tidak bertamadun dan mencerminkan kedangkalan pemikirannya,” katanya.
Jalsoa berkata, sebarang rasa tidak puas hati Tommy semasa berurusan dengan pegawai undang-undang tidak wajar dan tidak patut dicoretkan untuk tatapan umum.
“Persepsi tersebut adalah ciptaan Tommy sendiri atas kegagalannya dalam menerajui AGC serta memahami pentadbiran perkhidmatan awam,” katanya.
Kenyataan Jalsoa itu merujuk kepada kandungan buku tersebut menceritakan kisah hidup dan perjalanan kerjaya Tommy sebagai Peguam Negara selama 21 bulan yang disebut oleh beliau sebagai “The chief legal advisor to the Prime Minister and his administration”.
Buku setebal 500 muka surat itu menceritakan pencapaian dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu antara isu utama lain seperti pendakwaan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho dan 1MDB, ekstradisi pendakwah kontroversi, Zakir Naik dan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. -Malaysiapost
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/najib-saman-tommy-rm10-juta-kerana-fitnah/

