TINDAKAN bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mendedahkan pelbagai perkara melalui buku memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’, disifatkan sebagai perbuatan tidak amanah.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata Tommy sudah mengangkat sumpah menyimpan rahsia ketika dilantik ke jawatan itu, namun perbuatannya kini bertentangan dengan sumpah tersebut.
“Tan Sri Tommy Thomas mengangkat sumpah menyimpan rahsia ketika dilantik ke jawatan Peguam Negara. Namun bertentangan dengan itu, beliau mendedahkan apa yang dihadapi dalam bukunya.
“Beliau nampaknya sudah melanggar batas dan sumpah yang dibuat,” katanya melalui ciapan di Twitternya.
Rais turut mengkritik kandungan buku tulisan bekas Peguam Negara itu yang dilihat terlalu banyak bercerita mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tertanya-tanya selain daripada menulis mengenai kesalahan orang lain, beliau patut dedahkan juga siapa sebenarnya yang menyokong kuat pelantikannya sebagai Peguam Negara ketika itu,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan kenapa Tommy tidak dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) susulan penerbitan buku memoirnya itu. -Malaysiapost
Foto Kredit: Awani
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/01/tommy-thomas-dedah-usaha-putera-uae-gugurkan-kes-ipic/

