Jamali Shadat meninggal dunia

0
3

PELAWAK veteran, Datuk Jamali Shahdat, 78, meninggal dunia jam 8.30 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, lapor Harian Metro.

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri menerusi perkongsian di Facebooknya memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah.

Sebelum ini media melaporkan Jamali yang cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ pada era 1980-an, semakin uzur dan kurang selera makan.

Sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, Jamali banyak berdiam dan bergantung kepada anak, menantu dan cucu untuk menguruskan diri.

Jamali, anak kelahiran Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Sekitar Ketika 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here